Subscribe:

Ads 468x60px

Tentang Syarikat

Siapa Kami??


DuoTech Computer (DT Computer) adalah sebuah syarikat milikkan penuh bumiputera yang menjalankan perniagaan menjual dan membekalkan komputer dan laptop keseluruh negeri Kelantan. Pihak kami juga menawarkan khidmat format dan baiki komputer dan laptop.
“Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami” adalah moto syarikat bagi memberikan servis yang terbaik kepada setiap pelanggan syarikat.
Berpengalaman dalam bidang komputer ICT selama 8 tahun dan berkemampuan untuk menyelesaikan segala masalah perkomputeran didalam jangka masa yang singkat. Rangkaian pasukan teknikal yang mantap untuk memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan servis yang disediakan oleh pihak syarikat.
Perniagaan kami beroperasi di alamat Lot 3597(4), Jalan Kutan Hulu, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan Darul Naim.

Kami juga menawarkan perkhidmatan menjual dan membekalkan kertas A4,A3,A5,B5 pelbagai jenama dan pelbagai alatan kelengkapan pejabat yang lain.
Kami juga turut melakukan pendawaian networking perkomputeran di sekitar kelantan. Tidak kira kecil atau besar.
Perniagaan ini dijalankan dibawah lesen perniagaan DUOTECH TRADING (001842868-H) yang telah didaftarkan di pejabat SSM Kuala Lumpur, Malaysia.
Kami amat serius dalam perniagaan ini dan berjanji akan mencuba sedaya upaya kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan kami. InsyaAllah.
Terima Kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah memberikan kepercayaan penuh kepada kami. Semoga dapat kita bersama-sama bergerak maju kehadapan. Amin..